Aduhai anak-anak murid ku...

salam untuk semua....Lama sungguh tak update blog ni... kesibukan dengan kerja dan urusan rumah tangga serta badan yang keletihan membuatkan saya mengenepikan blog yang tak seberapa ni..

skrg adalah minggu keempat saya praktikum.. tinggal 8 minggu je lagi.. sekejap je masa berlalu... kerja memang banyak nak kene buat terutama persediaan p&p. mcm2 yang perlu difikir untuk menarik budak-budak yang dikategorikan sebagai pemulihan ni untuk suka belajar... kadang2 pening jugak kepala saya...
pelajar di kelas saya hanya 10 org dari setiap kelas. mereka semua terdiri dari pelajar nakal, malas, lambat pick up dan sebagainya yang memerlukan pemulihan... jadi saya perlu fikirkan cara untuk membuat mereka enjoy masuk ke kelas saya... mcm2 aktiviti yang saya buat seperti permainan sambil belajar...saya guna kaedah permainan bowling, pancing ikan, puzzle, kotak beracun dan sebagainya.

alhamdulillah, feedback dari diorg amat memberangsangkan. yang mlas menulis jadi rajin menulis, yang tak pandai jd pandai, yang nakal dapat dikawal kerana saya sering ugut pelajar yang nakal, saya tak akan ajak dtg ke bilik jqaf lg leps ni.. mereka yg nakal ni akan kecut perut skejp kerana mereka mmg berminat sgt2 nak belajar di kels saya... hehehe...

yang lebih mengejutkan, aduan dari guru GPI (guru pendidikan Islam) yang mengajar di kelas.. murid2 yang pandai dan rajin sblum ni telah menunjukkan sikap yg tidak baik dengan malas menulis dan sebagainya kerana tidak dapat menyertai kelas pemulihan saya... (mereka dah pandai, tak perlu pemulihan dah..) murid2 pemulihan ni asyik duk sebut sedap2 belajar di kelas saya menyebabkan murid lain terliur....huhuhu...

semoga Allah lembutkan hati-hati mereka untuk terus belajar dan mudah menerima pelajaran.. amin...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS