Resipi Karipap

Sejak jadi menantu mak, banyak juga resipi kuih yang saya dapat belajar. kali ni nak kongsi dengan antum semua tentang cara-cara nak buat karipap.. lepas ni boleh la buat ye...

Karipap Best







Bahan-bahan:

Inti:
1. Ubi Kentang (potong dadu)
2. Bawang besar merah (potong dadu)
3. Daging (potong dadu)
4. Serbuk Kari ala gappas dan adabi (campur)
5. Jintan putih (lebihkan dari serbuk kari)
6. Bawang merah (dikisar)
7. Garam dan gula

Cara-cara:
1. Rebus daging bersama rempah kasar@3 beradik.
2. Potong dadu daging yang telah direbus, bawang besar merah dan ubi kentang.
3. Campurkan bawang merah kisar, campuran serbuk kari dan jintan putih dalam sebuah mangkuk dan gaul
4. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis campuran tadi sehingga pecah minyak.
5. Masukkan ubi kentang, bawang dan daging yang dipotong dadu.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Kacau sehingga kering.


Kulit:
1. Gandum
2. Planta
3. air garam

Cara-cara:
1. Masukkan gandum kedalam bekas
2. Gaulkan gamdum dengan planta sehingga boleh dikepal-kepal
3. Bancuh garam kasar dan air dalam jug
4. Masukkan air garam tadi sedikit demi sedikit sambil uli sehingga menjadi doh
5. Gelekkan doh tadi dengan penggelek kuih sehingga leper dan gulung
6. Potong kecil-kecil dengan pisau gulungan doh tadi.
7. potongan kecil doh tadi digelek sehingga berbentuk bulat nipis.
8. Masukkan inti dan cekik tepi sehingga menjadi bentuk karipap.

Selamat Mencuba...;)
(Sukatan tak dapat nak disebut kerana main agak-agak je...)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Tekanan Darah Tinggi...

"Rasa mmusing je kepala ni...tangan rasa rasa kebas...nak buat kerja pun rasa ketar je tangan ni.." mak menyuarakan rasa tidak selesanya pada saya. risau juga tengok keadaan mak...

saya dan suami terus bawa mak ke klinik dr.wan zaleha berdekatan masjid putih kuala terengganu. Dr. Wan ni ibarat doktor peribadi mak. setiap kali sakit je, mak mesti nak jumpa dia. tak nak dah doktor lain. pernah beberapa kali saya pujuk mak untuk jumpa doktor lain sebab masa mak rasa tak sihat tu, dr.Wan tak buka klinik. tapi mak menolak.

Doktor cakap mak kena masuk wad sebab tekanan darah mak agak tinggi dan boleh diserang stroke. tapi mak tak nak dan nak berehat di rumah je. saya cakap lebih baik kita pergi hospital, check mana yang patut, tapi mak tetap ngan keputusan dia dan saya tak boleh buat apa2.

Apakah Akibat Tekanan Darah Tinggi?

Jika tekanan darah anda kekal tinggi, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti:

  • Serangan jantung

  • Angin ahmar

  • Kegagalan jantung

  • Kerosakan buah pinggang

Jika Tekanan Darah Anda Optima (130 / 80 mmHg)

Anda perlu terus mengawal tekanan darah anda, dengan cara:

  • Memeriksa tekanan darah anda secara berkala;

    • 2 kali setahun jika kadarnya normal

    • lebih kerap jika didapati kadarnya tinggi atau jika anda mempunyai ahli keluarga mengidap darah tinggi, angin ahmar atau serangan jantung.

  • Tidak merokok

    • Nikotin dari asap rokok akan memasuki darah dan menyebabkan jantung berdenyut lebih cepat. Nikotin juga menyempitkan saluran salurnadi halus dan memaksa jantung mengepam lebih kuat.

  • Makan secara sihat, dengan mengurangkan pengambilan :-

    • Garam
      Garam berlebihan di dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya. Ini akan meningkatkan tekanan darah.

    • Lemak
      Lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling dinding salurnadi dan menjadikannya tebal dan kejang.

  • Kekalkan berat badan unggul.

  • Bersenam secara berkala.

  • Elakkan pengambilan alkohol.

Jika Anda Menghidap Tekanan Darah Tinggi :-

  • Makan ubat secara berkala seperti yang dinasihatkan.

  • Jangan berhenti makan ubat tanpa nasihat doktor/pegawai farmasi.

  • Jumpa doktor anda secara berkala bagi mengawal tekanan darah anda.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Sayangkan suami...

Orang cakap, sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan... tapi saya pulak yang tinggalkan suami ke Kuala Lumpur selama seminggu minggu lepas kerana sayang... he3..

Sekali-sekala, perlu juga berjauhan untuk lebih mengeratkan hubungan... kehidupan suami isteri ni memang pelik, makin jauh makin sayang...makin rindu... bila dekat, tak terasa sangat perasaan macam ni, sebab tiap-tiap hari mengadap dia...he3

Bila berjauhan, setiap hari mesti telefon, mesti SMS..macam zaman bercinta dulu...setiap apa yang dibuat mesti teringat kat dia.. makan nasi lauk ayam kegemaran dia.. minum air bandung kegemaran dia... makan kentang goreng kegemaran dia... makan anggur hitam kegemaran dia...jalan-jalan shopping pun pilih2 barang untuk dia... pendek kata, semua teringat dia...


Saya ke Kuala Lumpur baru2 ni saje je ikut mama jalan2 ziarah Kak Ros n family di Dengkil. lagipun saya tak pernah sampai rumah diorang dan inilah peluang saya untuk berziarah. sepanjang di KL, kami ikut serta family day sekolah abg ngah (suami k.ros)di sg.Plong. pastu jalan-jalan di KLCC, tapi tak dapat beli apa-apa pun sebab semua barang-barang kat situ tak sesuai dengan jiwa. nak beli baju, semua yang seksi2, nak beli barang2 pun harga mahal2...hu3.. so, shopping mata je la...tp, mama hadiahkan handbag satu untuk saya, kebetulan ada sale..he3. terima kasih mama! Luv u much!


kitorang gi jugak kat nursery...banyak pokok cantik2 dan saya belikan sesuatu yang istimewa untuk suami tercinta...

Pokok kaktus ni walaupun kecil, sesuai dengan duit poket yang tak berapa nak ada, saya belikan untuk suami dan suami saya suka sangat...coz dia memang suka benda-benda hidup (flora dan fauna) sebagai koleksi kami berdua...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Salam Aspirasi Ilmu


Kehadapan teman-teman yang dikasihi dan dirindui semoga berada dalam lindungan rahmat dan kasih sayangNya...salam "Aspirasi Ilmu", blog saya yang terbaru setelah berkuburnya blog yang lama ("It's My Life") atas sebab-sebab masalah teknikal...

Semoga blog saya kali ini akan menjadi wadah perkongsian ilmu, pengalaman, pendapat dan sebagainya yang boleh membantu kita membina diri sendiri menjadi insan yang cemerlang serta diredhai Allah s.w.t. di dunia dan akhirat.

Akhir kata, sudi-sudilah selalu menjenguk dan memberi komen, nasihat, teguran dan apa-apa yang patut untuk tatapan diri ini... wassalam..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Internet Dalam Pendidikan


Dunia pendidikan hari ini semakin canggih dan maju. oleh itu, bahan atau sumber pendidikan yang digunakan oleh para guru haruslah sesuai dengan arus globalisasi hari ini. justeru, internet merupakan salah satu wahana yang tepat untuk membantu sistem pendidikan kita hari ini.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS