Awak BERAK???

Suatu hari saya sedang men'tasmik' budak2 tahun 1 di sekolah... sampai giliran seorang budak tu, saya nampak dia resah gelisah, muka dia merah, matanya berair hendak menangis... saya dengan penuh perasaan empati cuba tenangkan dia dengan gosok-gosok belakang dia sambil saya bertanya...
"Kenapa dengan awak?"
dia tunduk sambil tangannya mengutis-ngutis baju dan seluarnya.
"Awak sakit perut?"
dia geleng kepala...
"Awak takut kat ustazah ke?"
dia geleng jugak...
"Ada orang buli awak?"
dia geleng jugak..
"Cuba awak cerita kat ustazah, kenapa awak nangis?"
dia mengetap bibir dan tiba-tiba saya terbau sesuatu.... dengan perasaan suspen, saya bertanya
"AWAK BERAK??"
terus dia mengangguk dan saya terus arahkan dia pergi ke tandas.. huhu...
cairan kuning berjejeran di lantai dari meja guru sampailah ke tandas...
aduss... dan tukang menguruskannya adalah saya...terpaksa mengangkut pasir untuk ditimbus bagi menutup cairan kuning sepanjang jalan dan menghapuskan bau yang cukup menyeksakan...
bayangkan lah..

situasi macam ni saya percaya semua guru-guru yang pernah mengajar di darjah 1 mengalaminya.. menjadi guru darjah satu ni, bukan sekadar mengajar ABC atau alif ba ta, tapi segalanya kena ambik tahu... pelajar kita macam-macam kerenah...
besar pengorbanan guru-guru darjah 1 ni dan patut diberi pengiktirafan lebih dari guru-guru tahun 6... fikir2kan lah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

KELAS AGAMA


Assalamualaikum semua....
Marilah beramai-ramai mendaftarkan diri di Kelas Pengajian Agama Tafaqquh fi ad-Din..
Fikirkan sejenak dan renung dalam diri kita,
"Adakah amalan yang kita lakukan selama ini dengan ilmu?"
(Amalan tanpa ilmu adalah tidak sah...)
"Adakah kita cukup bersedia menghadapi kematian?"
(kematian akan menjemput bila-bila masa..)
"Adakah bekalan yang dikumpul di dunia dan akan dipersembahkan di akhirat sudah cukup?"
(bekalan amal kebajikan tentunya..)

segalanya akan terjawab sekiranya kita menghadiri majlis ilmu...
sesungguhnya darjat orang yang berilmu di sisi Allah adalah lebih tinggi dari ahli ibadat
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Resepi Ayam Celup Tepung


Hari ni nak kongsi resepi ayam celup tepung... actually resepi ni suami yang ajar..saya tukang buat jer... best taw..lebih best dari KFC.. cuba la..;)

Bahan-bahan:
1) Ayam
2) Tepung gandum
3) Serbuk lada hitam
4) Garam
5) Telur
6) Pati ayam

Cara-cara:
1. Gaulkan tepung, garam secukup rasa dan serbuk lada hitam
2. Pecahkan telur dan kacau bersama pati ayam
3. Celupkan ayam ke dalam telur dan 'guling-gulingkan' dalam campuran tepung tadi
4. Panaskan minyak dan goreng...

Dah siappp!!!!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

SYURGA CINTA


Syurga Cinta....
suka tengok cerita ni... walaupun ada part2 yang tak sihat untuk ditonton, tapi jalan ceritanya menarik dan kelakar. ada pengajaran untuk anak2 muda yang sedang mencari cinta...
carilah wanita yang bertudung dan beragama serta jauhi maksiat...




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

SESI PERSEKOLAHAN 2010


Hari ni hari kedua sesi persekolahan 2010. banyak perkara yang perlu diuruskan sebelum masuk minggu praktikum yang akan bermula 17hb Januari hingga 18 April 2010. Maklumat yang perlu dihantar kepada pensyarah:
1) Jadual waktu praktikum
2) Takwim sekolah 2010
3) Senarai tugas di sekolah

Untuk sesi kali ni saya akan mengajar tahun 1 dan 2. penilaian awal saya tentang budk2 tahun satu tahun ni memng cerdik2. agak sukr untuk mengesan budak yang berpotnsi masuk kelas pemulihn jawi. Hari pertama pun diorng dah boleh baca "alif" sampai "ya". huhu..mudah la keje saya kalu mcm ni...;)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Selamat Tahun Baru 2010


Rasanya belum terlewat untuk saya ucap "Selamat Tahun Baru" pada semua walaupun hari ni dah 2hb Januari 2010. Dalam kepala ni memng duk nak wish kelmarin, tapi tak sempat nak post kat blog...

Semoga diri ini kan menjadi lebih baik dari sebelumnya... semoga menjadi isteri, anak dan menantu yang solehah. menjadi guru yang cemerlang, kawan yang baik, jiran yang mesra, dan sebagainya yang baik-baik sume.

Doakan saya berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran dan PRAKTIKUM. Tahun ni bermula era debaran sejak terjun dalam dunia pendidikan. semoga saya dapat lakukan yang terbaik dalam praktikum kali ni.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS