PELAJAR NAKAL dan KURANG PANDAI: Beri perhatian atau Abaikan?

Saya percaya, setiap guru pasti menghadapi masalah pelajar nakal dan lemah dalam pelajaran. dalam satu kelas, pasti ada pelajar yang mempunyai ciri-ciri tersebut walaupun tidak ramai. bilangannya hanya minoriti tapi kenakalannya boleh mengganggu ketenteraman sebuah kelas. jika pelajar nakal ini bijak, saya percaya, guru tidak susah hati sangat, tapi, jika perangai nakal, pelajaran tak berapa nak serap, cikgu-cikgu pasti pening kepala.


nak buat macamana ye? beri perhatian atau abaikan sahaja?

biasanya pelajar nakal ni memang ketagihkan perhatian. ada sahaja yang dibuat untuk menarik perhatian guru mahupun rakan mereka. pasti ada guru yang merungut, "kalau dilayan, makin naik lemak, makin diberi perhatian, makin sakit kepala dibuatnya" jalan terakhir, guru akan buat don't know jer kat budak tu. "lantak ekau la..aku dah sakit kepala..."

saya seorang guru pemulihan jawi (j-QAF). pelajar saya adalah yang mempunyai kriteria yang saya ceritakan di atas... oleh kerana bilangan pelajar dibawah perhatian saya hanya 10 orang, saya dapat memberi perhatian pada mereka walaupun ada juga marah2. hehe... mendidik ni banyak cara, marah2 sayang... mereka ni bukanlah tidak pandai, tapi agak lambat untuk menguasai pelajaran. saya nampak potensi dalam diri mereka dan saya cuba untuk gilapkan. apa yang penting, kesabaran dan sentiasa doakan mereka... semoga mereka diberi kemudahan dalam menuntut ilmu untuk bekalan mereka di dunia dan akhirat..amin...

saya tidak mahu anak didik saya terus ketinggalan jika saya mengambil sikap mengabaikan mereka. semata-mata tidak mahu peningkan kepala sendiri. mendidik adalah tugas dan amanah yang telah saya bersetuju untuk memikulnya dan saya akan teruskan dengan sedaya upaya saya. semoga apa yang diajar hari ini merupakan ilmu yang bermanfaat, menjadi bekalan yang berguna untuk mereka baik di dunia mahupun diakhirat. inilah saham untuk saya apabila meninggalkan dunia nanti. semoga anak-anak didik saya mendoakan saya...

mendidik: "umpama mengukir di atas batu"
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "PELAJAR NAKAL dan KURANG PANDAI: Beri perhatian atau Abaikan?"

Post a Comment