ULANG TAHUN KELAHIRAN KEKASIH ALLAH..



Salam Maulidur Rasul buat semua ummat Muhammad s.a.w.. walaupun dah agak terlewat untuk mengucapkannya, kegembiraan dan kemanisan menyambut hari kelahiran Baginda masih terasa. Baru-baru ni pada tanggal 28 Jan 2010 (Ahad) bersamaan 14 Rabi'ulawal 1431H, sekolah saya telah mengadakan perarakan sempena menunjukkan rasa kecintaan terhadap penghulu kita, kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w. walaupun banyak pendapat yang dikeluarkan oleh para ulama' tentang tarikh sebenar kelahiran Baginda iaitu pada 7,8,9,10,11 dan 12 rabiulawal, kami memilih untuk mengadakan sambutan tersebut pada hari ahad baru-baru ni. pendapat yang paling kuat dikalangan ahli sirah tentang tarikh kelahiran N.Muhammad s.a.w adalah pada 9hb dan pendapat yang paling masyhur ialah 12hb Rabiulawal. Apapun, kita bersyukur kerana telah dipilih oleh Allah untuk menjadi ummat Muhammad s.a.w.

Terngiang-ngiang cerita abg kepada saya mengenai peristiwa ketika hampir wafatnya Rasulullah... Baginda telah memanggil puteri kesayangannya, S. Fatimah lalu membisikkan sesuatu ke telinganya sambil diperhatikan oleh isteri Baginda, S. Aisyah. S. Fatimah lalu menangis teresak-esak. Kemudian Baginda berbisik lagi kepada S.Fatimah, tiba-tiba S.Fatimah ketawa kegembiraan. Timbul pertanyaan dibenak S.Aisyah, apakah yang telah dibisikkan oleh Rasulullah kepada anaknya itu. setelah wafatnya Rasulullah, S.Aisyah lantas bertanya kepada S.Fatimah apakah yang telah diperkatakan oleh Rasulullah sehingga membuatkan S.Fatimah menangis dan kemuadian ketawa?

nak tahu tak apa yang diperkatakan oleh Rasulullah? ok, baca lagi...

S.Fatimah lalu menjawab, ayahandanya telah memberitahu bahawa Allah ingin bertemu dengannya. lalu S.Fatimah menangis kerana faham bahawa waktu untuk baginda pergi hampir tiba. Kemudian, ayahandanya berbisik lagi dengan bertanya, mahukah S.Fatimah menjadi ketua bidadari di syurga? lantas S.Fatimah ketawa kegembiraan dengan pertanyaan ayahandanya itu. dan S.Fatimah menghembuskan nafasnya yang terakhir 5 bulan setelah Rasulullah wafat.

terlalu banyak kisah Rasulullah untuk dikenang, diambil pengajaran, dijadikan panduan, penawar bagi hati dan sebagainya. pesan abg, kita berdakwah untuk mengajak masyarakat mencintai Rasulullah, menghayati kasih sayang dan rahmat Baginda kepada kita. apa-apa yang boleh memecahkan ummat, maka tinggalkan, kerana itu bukan dakwah yang dibawa oleh Nabi. Rahmat baginda adalah luas bukan kepada muslim semata-mata, malah seluruhnya.

Selawat dan salam ke atas Baginda dan seluruh ahli keluarga Baginda.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "ULANG TAHUN KELAHIRAN KEKASIH ALLAH.."

Post a Comment