Cinta Pertama: Part 3

kali ni berazam nak habiskan story cinta pertama ni.... macam yang pernah saya cakap dalam entry lepas, sepanjang 4 tahun berkenalan tanpa bersua muka, banyak suka duka yang dilalui.... suka lebih banyak dari duka, tapi saya nak cerita part duka dulu.... huhu... memang tak bleh lupa sampai bila2... pahit tu...

saya masih ingat, waktu tu saya di semester ke3 di Nilam Puri. baru sambut kedatangan adik-adik tahun 1 dan saya menjadi salah seorang fasilitator untuk program minggu suai kenal masa tu... ditakdirkan Allah, saya berkenalan dengan seorang adik (muslimat) yang benar-benar perlukan bantuan dan bimbingan... saya dengan senang hati menjadi teman setia kepada 'adik'. pada masa yang sama my hubby (yang masa tu blum jd hubby) turut sama membantu memberi semangat dan banyak juga memberi panduan dalam perubatan mengikut kaedah rawatan Islam kepada 'adik'... hari makin hari, 'adik' makin pulih dan saya sangat bersyukur di atas perkenalan ni...

my hubby ketika tu sudah berada di bumi Yaman dan dia pernah bagitahu saya untuk beri tumpuan sepenuhnya pada kitab-kitab. saya dengan senang hati menyokong hasratnya tu... ye la, saya memang suka kalau dia lebih tumpukan untuk menimba ilmu berbanding memberi tumpuan pada saya. saya juga perlu tumpu pada study...

suatu hari, teman karib saya yang juga ex-clasmate hubby datang bertemu saya... dia bagitahu hubby saya ada hantar mesej pada dia... isinya mmg benar2 meluluhkan hati saya.... saya ingatkan dia setia, rupanya sebaliknya... rasa air mata ni nak gugur depan kawan saya tu jugak, tapi saya tahan kemas2 dalam hati... saya berazam untuk berundur diri kalu betul dia sukakan kawan saya tu.... saya hantar mesej pada dia dan dia langsung tidak balas dan saya mula belajar melupakan dia....

saya sibukkan diri dan selama sebulan tiada khabar berita dari dia... memang saya akui dia orang pertama yang saya terima sebagai teman istimewa dan berharap dia adalah insan yang menjadi suami saya... memang setiap masa teringatkan dia tapi hanya Allah yang tahu saya berusaha untuk lupakan dia.. mujur ada 'adik' time tu... terima kasih...;)

sebulan lepas tu, saya ada terima email dari dia... dia meluahkan apa sebenarnya... pertamanya dia minta maaf kerana berdiam diri... dan menyatakan dia sengaja buat begitu untuk melupakan saya sejenak untuk memberi tumpuan pada kitab dan dia berjaya melupakan saya dengan kata2 saya... sukar untuk dia lupakan saya sebenarnya dan dia gunakan kawan saya tu untuk buatkan kitorg jauh seketika. dia memang tiada perasaan langsung pada kawan saya tu dan berhasrat untuk sambung kembali hubungan kami kerana dia mula sedar saya adalah tanggungjawabnya untuk dia bimbing di masa akan datang....

entahlah, mungkin kerana jodoh, saya dengan mudahnya menerima dia kembali..... dan sehinggalah sekarang, dia dah jadi SUAMI SAYA, CINTA SAYA dan PEMBIMBING SAYA...:) dialah Ustaz Hanafi....

dia pulang ke Malaysia 2 September 2007 dan kami bertunang 24 November 2007 dan seterusnya berkahwin pada 22 November 2008. ;)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Cinta Pertama: Part 3"

Post a Comment