My Students lagi....

"Ustazah! ustazah!"

terdengar teriakan aisyah dan kawan-kawannya memanggil saya sebaik sahaja saya keluar dari bilik j-QAF menuju bilik guru... saya hanya berpaling dan tersenyum seketika pada diorang dan meneruskan perjalanan.... saya agak sibuk hari ni... menanda kertas peperiksaan yang berbundle2... nak siapkan secepat mungkin agar saya dapat study untuk exam saya pulak lepas ni... huhu...

tiba-tiba terasa tangan saya disentuh dari belakang.... kedengaran suara tercungap-cungap aisyah dan kawan-kawannya mengejar saya... huhu... sempat jugak diorang kejar saya...

"Ustazah nak gi mane?"

"Ustazah nak gi bilik guru.. ada kerja."

"ustazah cakap nak bersih bilik j-QAF..?"

"bila pulak ustazah cakap gitu?"

"nak ikut ustazah bleh?"

"nak ikut? awak nak buat ape?"

Aisyah tersipu-sipu sebab dia sendiri tak tahu nak buat apa. ha, saya dapat satu idea, kebetulan pen merah saya dah habis menanda kertas yang banyak...

"awak tolong gi beli pen la kat ustazah, boleh?"

"ha! boleh! boleh!"

Aisyah kembali ceria... saya intai dalam dompet... alamak, ada dua keping not merah... hmm.. tak kan aku nak bagi not merah ni... saya berfikir sendiri dalam hati... ermm, takpelah, masa ni aku nak tahu budak Aisyah ni boleh harap ke tak... saya menghulurkan RM10 kepada Aisyah dan berpesan pegang duit ni elok-elok... nampak dari riak muka Aisyah yang serius menerima amanah dari saya... dipegang kemas-kemas duit yang saya berikan....

saya menanti di bilik guru.. dalam hati, risau jugak... RM10 tu... tu je yang ada untuk belanja hari ni... heheh... malu..malu..;p cikgu pun pokai....

tiba-tiba aisyah dan kawan-kawannya pun datang, dan menyerahkan dua batang pen serta duit baki rm7 pada saya...

"pandai awak beli!"

saya memuji....

"nak seringgit!"

Aisyah meminta... haha...

"seringgit tak boleh.."

saya mencari-cari duit syiling dalam dompet.... tiba-tiba aisyah berkata

"ni, ada lagi lebih duit syiling...."

40 sen lagi baki duit saya ada dalam genggaman dia...

"ha, awak ambik yang tu lah.. upah tolong membeli..."

aisyah bersorak kegembiraan kerana mendapat 40sen dari saya... huhu.... kan bagus kalu semua murid ada rasa ingin berbakti pada cikgu macam ni... ;)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "My Students lagi...."

Post a Comment